Hukum Menjual Maklumat Organisasi
Tikam Belakang : Curi Maklumat dan Jual Oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ Kerahsiaan atau juga yang disebut ‘private and confidential’ (P&C) merupakan salah satu bentuk amanah yang amat perlu dijaga oleh mana-mana pekerja di dalam sesebuah organisasi. Tanpanya, begitu mudah seseorang boleh mencerobh hak yang lain lalu, menyebarkan kerahsiaan diri seseorang atau memakan harta secara bathil jika ia melibatkan meniaga maklumat dalaman. Selain dari ia merupakan suatu dosa yang menghitamkan hati ia juga boleh menjemput permusuhan dan pertelingkahan, semua ia dilarang di dalam Islam. Malah jika ditinjau dan diteliti semua hukum melibatkan muamalat kewangan di dalam Islam, pastinya seseorang akan dapat menyimpulkan bahawa hukum Islam ingin mengelakkan dari berlakunya permusuhan yang berpunca dari transaksi kewangan. Atas dasar itu juga ayat terpanjang di dalam Al-Quran iaitu yang berada di dalam surah terpanjang iaitu suarah al-Baqarah adalah ...