Posts

Showing posts from August, 2011

Hari Raya : Yang Perlu & Yang Jangan Buat

Image
Hari Raya Idilfitri : Yang Perlu & Yang Jangan DiLakukan Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net
Bulan Ramadhan, sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati ‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadhan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya. Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini.  Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramdhan.   Seolah-olah individu yang berpesta maksiat di permulaan bulan Syawal ini ingin memaklumkan berkenaan ‘peperiksaan' Ramadhannya telah mendapat keputusan ‘gagal', malah telah berjaya terkena doa laknat oleh Malaikat Jibrail untuk mendapat 'kecelakaan', merbahayalah imannya pada bulan-bulan yang mendatang. Nau'zubillah. Ahhh.. apa peduli apa !..Kata s…

Amalan Ziarah kubur Hari Raya

Image
Bolehkah Ziarah Kubur Pada Hari Raya? oleh : Ustaz Sukki Othman (Ustaz Shauqi) http://www.ustazshauqi.com
Oleh: Mohd Sukki Othman (Ustaz Shauqi)
Hari raya Aidilfitri ialah hari kemenangan bagi umat Islam yang telah berjaya menundukkan nafsu ammarah di sepanjang bulan Ramadhan. Apabila muncul anak bulan Syawal, diri mereka telah bersih daripada dosa dan mereka sepatutnya benar-benar menjadi orang yang bertakwa. Inilah matlamat ibadah puasa sebagaimana firman Allah S.W.T.  menerusi ayat 183 yang bermaksud: "Wahai orang  yang beriman, diwajibkan puasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat terdahulu sebelum kamu  agar kamu bertakwa."
Hari raya Aidilfitri sekiranya disambut dengan adab-adab yang telah digariskan oleh syara’, sudah tentu ia bukan sahaja mendatangkan kegembiraan dan keseronokan, malahan perayaan tersebut akan diberkati dan diredhai oleh Allah s.w.t. Justeru, kita hendaklah menjadikan hari raya sebagai suatu perayaan ibadat  yang penuh dengan ketaat…

Remaja : Bila nak berubat?

Image
Masalah Remaja & Belia: Tersalah Ubat?
oleh : Ustaz Fadli Yusof  https://www.facebook.com/mfadli11
Ashabul kahfi merupakan sekumpulan muda remaja yang mempertaruhkan nyawa demi menegakkan kebenaran. Mereka lari dan bersembunyi di sebuah gua bukan untuk menyelamatkan nyawa, tetapi untuk menyelamatkan iman dan kebenaran. Mereka tidak mengenal erti seronok zaman remaja.
Sayidina Ali kwj. ketika baru berusia lima belas tahun sangat pintar, matang dan serius dalam berfikir. Apabila Rasulullah ﷺ mengajak beliau untuk memeluk Islam, beliau terlebih dahulu meminta izin daripada Rasulullah ﷺ untuk pulang berunding dengan ibu bapanya.
Belum pun sampai menemui ibu bapanya, beliau berpatah balik dan menemui Rasulullah. Rasulullah ﷺbertanya: "Apa keputusan ibu bapamu?
Jawab Sayidina Ali, "Ketika Allah menjadikan aku, Allah tidak berunding dengan ibu bapaku, mengapa pula aku perlu berunding dengan ibu bapaku untuk menjadi hambanya yang berpegang kepada kebenaran." Lantas beliau memeluk…

Luahan Budak Zaman Sekarang

Image
Kami Budak Zaman Sekarang
oleh :Syafiq Aizat Mahamad Fuad
http://syafiqaizatmf.wordpress.com
Assalamualaikum dan salam cinta buat anda pembaca sekalian..
Dengan nama Allah, semoga pena ini menjadi lebih baik dari semalam.

Latar Masa : tahun 2003

Mata meliar mencari kelibat Aiman. Aiman merupakan adikku yang ketiga.  Aku dan dia bermain kejar-kejar di kawasan masjid itu sementara menanti  azan solat isyak. Kami berada di masjid sejak waktu maghrib lagi. Sudah menjadi fitrah kanak-kanak kecil yang mahukan keriangan. Aku ternampak kelibat Aiman memasuki pintu masjid, pantas aku berlari mengejarnya sambil melintasi kawasan utama dewan solat di masjid.
Kelihatan seorang tua sedang membaca Al Quran di satu sudut masjid. Tatkala dia melihat aku berlari di dalam kawasan masjid, maka dia memarahi aku.

“Apa  lari-lari dalam kawasan masjid ni? Pergi main jauh-jauh!” Jerkahnya di khalayak. Semua mata tertumpu pada aku dengan pandangan yang menyakitkan.
Kemarahannya itu buat aku terasa pe…

Memburu Lailatul Qadar

Image
Beberapa Info Berguna
Berkenaan Malam Al-Qadar
Oleh: Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/
Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT : Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan"  (Al-Qadr : 2) . Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain.  Disebutkan di dalam sebuah hadith :- Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 ) Sebuah lagi hadis menyebut :-  انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها Ertinya :"Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim) أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره E…