Posts

Showing posts with the label Artikel

Valentine's Day

Image
Menyingkap Sambutan Valentine's Day Oleh : Ustaz Shauqi (Sukki Othman UPM) http://www.ustazshauqi.com Oleh: Ustaz Shauqi Setiap tahun, tanggal 14 Februari merupakan tarikh 'keramat' dan 'bersejarah' bagi sesetengah orang terutamanya golongan belia dan beliawanis termasuk remaja Islam. Tarikh 'keramat' ini diingati sebagai Valentine's Day atau Hari Kekasih yang dirasakan amat rugi sekiranya ia dilupakan. Biasanya, ia disambut dengan pelbagai acara yang dianggap oleh pasangan kekasih sebagai paling istimewa. Ada yang saling bertukar-tukar bunga, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, saling meluahkan perasaan cinta di taman-taman bunga dan sebagainya. Pada hari inilah ucapan kasih sayang dilafazkan sebagai bukti ketulusan cinta mereka. Pada hari ini juga pelbagai hadiah dibeli untuk diberikan kepada yang orang yang dicintai dan disayangi.   Budaya menyambut Hari Kekasih ini semakin popular dari semasa ke semasa. ...

Keperibadian Rasulullah s.a.w

Image
Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, marilah kita meneliti sedikit sebanyak hadith-hadith yang berkaitan dengan diri peribadi Nabi Muhammad saw, semoga ianya bermanfaat untuk kita mengenali dengan lebih dekat dan seterusnya menjadikan baginda sebagai contoh tauladan dan ikutan kita sepanjang zaman hingga ke hari Kiamat. CIRI-CIRI FIZIKAL RASULULLAH SAW Hasan Bin Ali meriwayatkan : "Saya pernah bertanya kepada bapa saudara saya, Hindun Ibnu Abi Halah (yang sangat pandai menggambarkan sesuatu) tentang ciri-ciri fizikal Rasulullah saw. Saya menginginkan agar ia menggambarkan sifat-sifat baginda yang mirip dengan sifat-sifat saya. Hindun menjawab, "Tubuh Rasulullah saw besar. Wajah beliau bersinar seperti bulan purnama. Bentuk tubuh beliau lebih tinggi daripada ukuran tubuh yang biasa serta lebih pendek daripada ukuran tubuh orang yang jangkung dan kerempeng. Kepala beliau besar dan rambut beliau ikal. Apabila rambut beliau mulai memanj...

TUHANKU! APAKAH DAKU TELAH KEMBALI KEPADAMU?

Image
TUHANKU! APAKAH DAKU TELAH KEMBALI KEPADAMU? Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA ) Kita sering mendengar cerita orang itu dan orang ini kembali kepada Islam. Cerita orang tertentu ‘kembali kepada Islam’ kadang-kala boleh dikomersialkan, terutama apabila dia ternama atau celebrity . Mungkin majlisnya bertambah meriah. Bayaran bertambah tinggi. Sorak sorai makin menghilai. Tepukan makin gemuruh. Kita wajar bertanya: “apakah maksud seseorang kembali kepada Allah?” Ini satu persoalan yang kelihatan mudah tetapi kadang-kala bukan senang untuk benar-benar mengerti hakikatnya. Apabila lambang-lambang agama itu boleh menghasilkan kepentingan dunia, maka soalan ini makin sukar dijawab. Ramai orang yang ingin menggunakan agama bukan kerana dia mencari Tuhan, tetapi kerana agama boleh menjadi jambatan meraih banyak kepentingan duniawi dalam kehidupan ini. Seorang pesalah yang penuh jenayah ke mahkamah dengan memakai kopiah, apak...

Hukum Menjual Maklumat Organisasi

Image
Tikam Belakang : Curi Maklumat dan Jual Oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/   Kerahsiaan atau juga yang disebut ‘private and confidential’ (P&C) merupakan salah satu bentuk amanah yang amat perlu dijaga oleh mana-mana pekerja di dalam sesebuah organisasi. Tanpanya, begitu mudah seseorang boleh mencerobh hak yang lain lalu, menyebarkan kerahsiaan diri seseorang atau memakan harta secara bathil jika ia melibatkan meniaga maklumat dalaman. Selain dari ia merupakan suatu dosa yang menghitamkan hati ia juga boleh menjemput permusuhan dan pertelingkahan, semua ia dilarang di dalam Islam. Malah jika ditinjau dan diteliti semua hukum melibatkan muamalat kewangan di dalam Islam, pastinya seseorang akan dapat menyimpulkan bahawa hukum Islam ingin mengelakkan dari berlakunya permusuhan yang berpunca dari transaksi kewangan. Atas dasar itu juga ayat terpanjang di dalam Al-Quran iaitu yang berada di dalam surah terpanjang iaitu suarah al-Baqarah adalah ...

Program Cuti Sekolah ; Motivasi Al-Quran

Image
  Motivasi Al-Quran (MAQ) 5 - 24 Dis 2011 (Isnin - Khamis) 8.30 am - 12.30 pm Di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra  Umur :   9 - 16 tahun (Lelaki & Perempuan)   HANYA RM 300 untuk pelaburan 3 Minggu (selepas mengemukakan kod pendaftaran di bawah) Antara yang menarik : - Hafazan Surah Pilihan - Transformasi Qalbu - Self-Defence Clinic - Best of EXPLORACE - Motivasi "Excel Study" Isi cuti sekolah anak anda dengan aktiviti yang berfaedah untuk dunia dan akhirat. Program ini adalah anjuran bersama   Infitah Training & Consultancy dan Masjid Tengku Kelana Jaya Petra Dapatkan diskaun RM 50.00 dengan memasukkan kod 20110011 semasa membuat pendaftaran melalui http://www.motivasialquran.com/ atau ke no tel: 0193812580

Antara Kemanusiaan & Kehambaan : Detik-Detik Penyembelihan Ismail a. s.

Image
Antara Kemanusiaan & Kehambaan : Detik-Detik Penyembelihan Ismail a. s. Oleh :  Mohd Fadli Yusof    Ketika penyembelihan hendak dilaksanakan, Ismail a.s berkata kepada ayahnya: "Wahai ayah, saya ingin sampaikan beberapa permintaan kepada ayah: Hendaklah ayah mengikat tangan saya, supaya saya tidak meronta-ronta, yang akan menyulitkan ayah; hendaklah wajah saya dihadapkan ke tanah, supaya ayah tidak melihat wajah saya yang akan menimbulkan kasih sayang ayah kepada saya;  hendaklah ayah melipatkan kain ayah, supaya tidak berlumuran darah sedikitpun, sehingga mengurangi pahala saya dan mungkin juga akan diketahui ibu, sehingga dia menjadi susah;  hendaklah ayah mengasah pisau ayah, agar mempercepatkan jalannya atas leher saya, supaya meringankan rasa sakit, kerana mati itu sakit sekali;  hendaklah ayah membawa baju saya kepada ibu sebagai kenang-kenangan dan katakanlah kepadanya :"Bersabarlah engkau terhadap perintah Allah",  janganl...

Zulhijjah & IdilAdha : Beberapa Amalan, Isu & Hukum

Image
Zulhijjah & IdilAdha : Beberapa Amalan, Isu &  Hukum Oleh Zaharuddin Abd Rahman  www.zaharuddin.net KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..   KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN.. Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan. Disebutkan oleh Nabi SAW : "Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih). Allah SWT pula berfirman : وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ "Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1). Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim). Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain : "Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari). AMALAN...