Posts

Showing posts from October, 2011

Riba'. Zina, Kedekut, Pelacur APA UBATNYA?

Image
Mengubati Penyakit Masyarakat Oleh :  Mohd Fadli Yusof Sudah menjadi fitrah manusia itu ia ingin hidup aman damai. Begitu juga fitrah manusia itu, dia tidak mahu berlakunya krisis, kemungkaran, pemerkosaan dan segala penyakit masyarakat. Andaikata kalau dia seorang pemimpin, dia mahu orang yang dipimpin itu meletakkan ketaatan kepadanya. Begitu juga kalau dia seorang yang dipimpin, dia mahu pemimpinnya meletakkan keadilan kepadanya. Andaikata kalau dia seorang ayah, dia mahu anak-anaknya memberikan ketaatan dan kepatuhan kepadanya. Begitu juga kalau dia seorang anak, dia mahu ibu dan ayahnya meletakkan kasih sayang kepadanya. Begitu jugalah suami kepada isterinya, dan isteri kepada suami. Andaikata seorang pemimpin, ibu, ayah, guru, suami, isteri dapat meletakkan diri pada tempat masing-masing. Begitu juga seorang rakyat, anak murid, dapat meletakkan diri pada tempat masing-masing, maka tidak akan terjadi pergaduhan, pertengkaran diatas muka bumi ini. Tapi kalau kita

Semua Manusia Berdosa

Image
 Semua Manusia Berdosa Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA ) Dalam kehidupan ini kita akan bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Setiap individu membawa pelbagai perwatakan. Kadang-kadang kita keliru dalam membuat penilaian. Keliru dalam menentu watak baik dan buruk. Ini disebabkan pada diri seseorang itu boleh terkumpul kedua unsur tersebut; unsur baik dan unsur buruk. Jika kita melihat kepada seseorang insan pada unsur baik semata, tentu kita akan menilainya sebagai insan yang baik. Jika kita pula melihat di sudut yang buruk semata, maka pasti kita akan menilai sebagai insan yang buruk. Namun, jika kita melihat kedua unsur itu secara seimbang dan adil, pasti kita akan dapat membuat kesimpulan yang betul. Insan apabila berbalah, atau bertelingkah mereka sering menonjolkan unsur buruk mengenai musuh mereka. Enggan mereka menyebut kebaikan yang ada, sekalipun itu terang dan jelas. Kita boleh lihat akhlak orang-orang

Kursus Motivasi Dewasa : Mencari Jalan Menuju BAHAGIA

Image
Kursus Motivasi SPIES Mencari Jalan Pulang Menuju BAHAGIA Adakah mempunyai anak yang ramai itu BAHAGIA? Adakah kita TENANG apabila mempunyai banyak harta?  Adakah "simbol2" kebahagiaan ini akan KEKAL bersama kita? Sukar mencari JODOH & sumber REZEKI? Masalah pasang surut dalam BERAMAL? ANDA TELAH TERPILIH! Jom sertai kami! Secara keseluruhan, program ini mendorang kita menemui kebahagiaan dan ketenangan yang sejati dalam kehidupan. Anjuran bersama : S.P.I.E.S dan Masjid Tengku Kelana jaya Petra.  Tarikh  :  22 - 23 Oktober 2011 Sasaran :  Untuk Lelaki & Perempuan Dewasa  Masa  : 9.00 pagi - 5.00 petang  Makan & minum disediakan. Yuran : RM 10 SAHAJA! selebihnya ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah peruntukan Exco Pendidikan.. Dikendalikan oleh : FAUZUL AZIM PAKAR MOTIVASI Program ini adalah kerjasama kali kedua  selepas program Keibubapaan pada 23 Julai 2011 bertajuk " Tautan kasih, Pautan kebahagiaan" yang sangat sesuai kepada bakal

Salah Faham Terhadap Hudud

Image
Beberapa Gambaran yang Salah terhadap HUDUD oleh: Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin http://drmaza.com (sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA )     - Gambar Hiasan Perbincangan ini menyambung artikel yang lepas tentang perlaksanaan hudud. Ramai orang salah sangka apabila membayangkan negara yang dipimpin berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah itu sebagai negara yang agenda utamanya mengintip dan menghukum rakyat yang tidak mematuhi syariat. Gambaran negara yang islamik sebagai negara yang sibuk mencari pesalah untuk dihukum dengan undang-undang hudud adalah gambaran yang silap yang ada di fikiran sesetengah pihak yang kurang memahami Islam. Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, hudud hanya makanisme untuk mengatasi jenayah-jenayah tertentu, bukan gambaran keseluruhan negara Islam, bahkan bukan hudud juga undang-undang yang merangkumi semua jenayah. Banyak lagi jenayah yang tidak tersenarai di bawah hudud. Peratusan besar jenayah yang pelbagai, terutama d