Posts

Showing posts from 2009

Satu Pengenalan : Masjid Tengku Kelana Jaya Petra (MTKJP)

Image
Masjid ini terletak di sebahagian Taman Bandaran Kelana Jaya (berhampiran dewan serbaguna dan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kelana Jaya) dibina atas tanah seluas 2 ekar. Projek pembangunan ini mengandungi sebuah masjid berserta rumah Imam 1 dan Imam 2. Dengan rasa penuh tangunggjawab dan hormat terhadap institusi keagamaan, pihak pemaju telah berusaha dengan gigih untuk mendirikan sebuah masjid bagi memenuhi keperluan ibadah penduduk setempat. Masjid ini dilengkapi dengan sistem penghawa dingin, perpustakaan, bilik kuliah, bilik komputer dan bilik mesyuarat. Perkhidmatan lif turut disediakan bagi keperluan jemaah yang kurang upaya. Laluan pejalan kaki sepanjang 200 meter dari pintu masuk bahagian belakang masjid sehingga ke Bangunan Kelana Brem Tower memudahkan jamaah di kawasan sekitar untuk datang menunaikan solat. Ayat-ayat suci al-Qur'an dijadikan hiasan melalui seni khat dan kaligrafi oleh juruunding dari Urbezkistan. Masjid ini berupaya menampung jamaah seramai 2,000 oran