Posts

Showing posts from January, 2011

Berjabat Tangan Berlainan Jantina & Status Gaji Kerananya

Image
Berjabat Tangan Berlainan Jantina & Status Gaji Kerananya Berjabat Tangan & Kehalalan Gaji Zaharuddin abd rahman www.zaharuddin.net     SOALAN Saya bekerja di syarikat antarabangsa. Kerja melibatkan pergaulan dengan wanita dan kadang-kadang terpaksa bersalaman dengan wanita. Saya pernah tunduk untuk mengelakan bersalaman namun bagi wanita asing mereka akan menimbulkan persoalan yang agak negatif. Pertama - Adakah rezeki saya dikategorikan dari sumber yang syubhah? Kedua - Adakah cara yang terbaik untuk terus bekerja di syarikat seperti ini atau berusaha untuk mencari peluang pekerjaan di tempat lain.   JAWAPAN Pergaulan antara lelaki dan wanita di tempat kerja sudah menjadi fenomena hari ini, dan ia telah tergolong dalam kategori ‘umum al-balwa' (kebahayaan dosa yang sukar dielakkan). Namun begitu, tidak semua jenis percampuran dan pergaulan lelaki dan wanita di tempat kerja itu jatuh dalam kategori haram. Jika ia dapat dikawal sebaiknya, dosa masih bo

Solusi Isu 28!

Image
Tajuk-Tajuk yg Menarik : Golongan kanan & Golongan Kiri?? Bicara Yang Dilarang Jadi GRO kerana Darurat? Panasnya Neraka Pantang Larang dalam PEMBENTANGAN? Cegah PENYAKIT yg Merebak?? Cara Membersih najis Untuk Wanita?? Akhlak Pendidik Kembalikan daya tarikan CINTA Persiapan Menghadapi Peperiksaan dan banyak lagi tajuk2 menarik sesuai untuk santapan pelbagai lapisan masyarakat.. Amat sesuai untuk bacaan seisi keluarga. Boleh didapati   SEKARANG! DI PEJABAT MASJID TENGKU KELANA JAYA PETRA

BACAAN SELAIN AZAN DI PEMBESAR SUARA PATUT DIHENTIKAN

BACAAN SELAIN AZAN DI PEMBESAR SUARA PATUT DIHENTIKAN Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin http://drmaza.com/home/?p=1339 Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah ‘perjuangan mempertahankan Islam’ . Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut; 1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak. 2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun