Posts

Showing posts from 2011

Solat Gerhana 10 Disember 2011

Image
Definisi Kusuf dan Khusuf Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu'nya atau keseluruhannya. Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu' atau pun keseluruhannya. Ramai ulama' yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari. [ sunting ] Hukum Solat Gerhana Matahari Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan. Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu. Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah pada hari kematian a

Iktibar Peristiwa Muharram

Image
Iktibar Peristiwa Muharram Oleh: Ustaz Mohd Fadli Yusof http://www.facebook.com/mfadli11  Muharam adalah bulan yang banyak mencatatkan peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah Islam. Nabi-nabi terdahulu sebelum Rasulullah ﷺ mengalami berbagai peristiwa manis terutama pada 10 Muharam yang kita kenali sebagai hari Asyura. Keistimewaan Asyura itu terbukti apabila baginda Rasulullah ﷺ sendiri meraikan ketibaannya dengan berpuasa. Malahan ia telah menjadi satu sunnah yang digalakkan kepada umat Islam. Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada ibnu Abbas katanya: "Nabi datang ke Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharam. Nabi bertanya: "Mengapa mereka berpuasa? Mereka menjawab, "Suatu hari yang baik, Allah melepaskan pada hari itu Musa dan Bani Israel daripada musuh-musuh mereka, lalu Musa berpuasa pada hari itu." Mendengar jawapan itu Rasulullah ﷺ bersabda: "Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kamu. Rasulullah ﷺ berpuasa serta men

Sambutan Maal Hijrah 1433H

Image

Program Cuti Sekolah ; Motivasi Al-Quran

Image
  Motivasi Al-Quran (MAQ) 5 - 24 Dis 2011 (Isnin - Khamis) 8.30 am - 12.30 pm Di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra  Umur :   9 - 16 tahun (Lelaki & Perempuan)   HANYA RM 300 untuk pelaburan 3 Minggu (selepas mengemukakan kod pendaftaran di bawah) Antara yang menarik : - Hafazan Surah Pilihan - Transformasi Qalbu - Self-Defence Clinic - Best of EXPLORACE - Motivasi "Excel Study" Isi cuti sekolah anak anda dengan aktiviti yang berfaedah untuk dunia dan akhirat. Program ini adalah anjuran bersama   Infitah Training & Consultancy dan Masjid Tengku Kelana Jaya Petra Dapatkan diskaun RM 50.00 dengan memasukkan kod 20110011 semasa membuat pendaftaran melalui http://www.motivasialquran.com/ atau ke no tel: 0193812580

Antara Kemanusiaan & Kehambaan : Detik-Detik Penyembelihan Ismail a. s.

Image
Antara Kemanusiaan & Kehambaan : Detik-Detik Penyembelihan Ismail a. s. Oleh :  Mohd Fadli Yusof    Ketika penyembelihan hendak dilaksanakan, Ismail a.s berkata kepada ayahnya: "Wahai ayah, saya ingin sampaikan beberapa permintaan kepada ayah: Hendaklah ayah mengikat tangan saya, supaya saya tidak meronta-ronta, yang akan menyulitkan ayah; hendaklah wajah saya dihadapkan ke tanah, supaya ayah tidak melihat wajah saya yang akan menimbulkan kasih sayang ayah kepada saya;  hendaklah ayah melipatkan kain ayah, supaya tidak berlumuran darah sedikitpun, sehingga mengurangi pahala saya dan mungkin juga akan diketahui ibu, sehingga dia menjadi susah;  hendaklah ayah mengasah pisau ayah, agar mempercepatkan jalannya atas leher saya, supaya meringankan rasa sakit, kerana mati itu sakit sekali;  hendaklah ayah membawa baju saya kepada ibu sebagai kenang-kenangan dan katakanlah kepadanya :"Bersabarlah engkau terhadap perintah Allah",  janganlah diberitahu kepad

Zulhijjah & IdilAdha : Beberapa Amalan, Isu & Hukum

Image
Zulhijjah & IdilAdha : Beberapa Amalan, Isu &  Hukum Oleh Zaharuddin Abd Rahman  www.zaharuddin.net KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..   KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN.. Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan. Disebutkan oleh Nabi SAW : "Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih). Allah SWT pula berfirman : وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ "Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1). Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim). Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain : "Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari). AMALAN

Boleh atau Tidak Ucap Happy Deepavali?

Image
Hukum Ucapan Happy Deepavali Pada Rakan Oleh: Ustaz Shauqi Memandangkan masyarakat Malaysia merupakan masyarakat majmuk, maka ada orang bertanya tentang keharusan umat Islam menyambut  Deepavali. Persoalannya ialah adakah umat Islam dibenarkan untuk turut sama merayakan perayaan bukan Islam?. Perayaan yang berbentuk budaya tidaklah menjadi suatu masalah, akan tetapi bagaimanakah pula sambutan perayaan yang berbentuk agama, adakah ia wajar disambut oleh masyarakat Islam? Setiap individu muslim sepatutnya meneliti persoalan ini dengan berhati-hati berlandaskan hukum syara’ agar akidah terpelihara, dan dalam masa yang sama hubungan di antara masyarakat Islam dan bukan Islam tetap menjadi erat. Perayaan dalam Islam merupakan satu ibadah. Ia bukan merupakan adat dan budaya. Ibadah bermaksud pengabdian diri kepada Allah semata-mata. Ibadah dilakukan sebagai lambang ketaatan kepada Allah. Justeru, Rasulullah saw melarang golongan Ansar merayakan perayaan Jahiliyyah yang sudah sedia diamalk

Riba'. Zina, Kedekut, Pelacur APA UBATNYA?

Image
Mengubati Penyakit Masyarakat Oleh :  Mohd Fadli Yusof Sudah menjadi fitrah manusia itu ia ingin hidup aman damai. Begitu juga fitrah manusia itu, dia tidak mahu berlakunya krisis, kemungkaran, pemerkosaan dan segala penyakit masyarakat. Andaikata kalau dia seorang pemimpin, dia mahu orang yang dipimpin itu meletakkan ketaatan kepadanya. Begitu juga kalau dia seorang yang dipimpin, dia mahu pemimpinnya meletakkan keadilan kepadanya. Andaikata kalau dia seorang ayah, dia mahu anak-anaknya memberikan ketaatan dan kepatuhan kepadanya. Begitu juga kalau dia seorang anak, dia mahu ibu dan ayahnya meletakkan kasih sayang kepadanya. Begitu jugalah suami kepada isterinya, dan isteri kepada suami. Andaikata seorang pemimpin, ibu, ayah, guru, suami, isteri dapat meletakkan diri pada tempat masing-masing. Begitu juga seorang rakyat, anak murid, dapat meletakkan diri pada tempat masing-masing, maka tidak akan terjadi pergaduhan, pertengkaran diatas muka bumi ini. Tapi kalau kita

Semua Manusia Berdosa

Image
 Semua Manusia Berdosa Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA ) Dalam kehidupan ini kita akan bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Setiap individu membawa pelbagai perwatakan. Kadang-kadang kita keliru dalam membuat penilaian. Keliru dalam menentu watak baik dan buruk. Ini disebabkan pada diri seseorang itu boleh terkumpul kedua unsur tersebut; unsur baik dan unsur buruk. Jika kita melihat kepada seseorang insan pada unsur baik semata, tentu kita akan menilainya sebagai insan yang baik. Jika kita pula melihat di sudut yang buruk semata, maka pasti kita akan menilai sebagai insan yang buruk. Namun, jika kita melihat kedua unsur itu secara seimbang dan adil, pasti kita akan dapat membuat kesimpulan yang betul. Insan apabila berbalah, atau bertelingkah mereka sering menonjolkan unsur buruk mengenai musuh mereka. Enggan mereka menyebut kebaikan yang ada, sekalipun itu terang dan jelas. Kita boleh lihat akhlak orang-orang