Posts

Showing posts from January, 2012

Forum Maulidurrasul 1433

Image
Masjid Tengku Kelana Jaya Petra Akan mengadakan Forum bertajuk : Generasi Penerus Misis Rasulullah S.A.W. bersempena dengan sambutan Maulidurrasul 1433 H ini. Forum ini akan diterajui oleh

Moderator : Ustaz Zamri Zainal Abidin

Panel 1 : Ustaz Ghazalli Omar Al-Muqri
Panel 2 : Ustazah Norhafizah Musa (Tanyalah Ustazah)

Semua muslimin muslimat di jemput hadir

Solusi Isu 40

Image
Anda boleh mendapatkan Majalah SOLUSI Isu. no 40 di pejabat MTKJP SEKARANG! Membeli sambil MENDERMA Hanya RM 10.00 Senaskah
Anda boleh mendapatkan Majalah SOLUSI Isu. no 40 di pejabat MTKJP SEKARANG! Membeli sambil MENDERMA Hanya RM 10.00 



Tajuk-Tajuk yg Menarik : ·Azab: Penalti Khas Bagi Yang Ingkar ·Misteri Poligami: Antara Keadilan & Keseronokan ·Wasiat Rasulullah Kepada Umatnya ·Darjat Seorang Usahawan ·Kerana Kerja Terabai Cinta ·Ibu Desak Cerai ·POLIGAMI BUKAN  SUNNAH UNTUK SEMUA LELAKI ·Solat & Wudhuk Wanita Keputihan ·Sederhana Dalam Aplikasi Rukhsah
dan banyak lagi tajuk2 menarik sesuai untuk santapan pelbagai lapisan masyarakat.. Amat sesuai untuk bacaan seisi keluarga

TUHANKU! APAKAH DAKU TELAH KEMBALI KEPADAMU?

Image
TUHANKU! APAKAH DAKU TELAH KEMBALI KEPADAMU?
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Kita sering mendengar cerita orang itu dan orang ini kembali kepada Islam. Cerita orang tertentu ‘kembali kepada Islam’ kadang-kala boleh dikomersialkan, terutama apabila dia ternama atau celebrity. Mungkin majlisnya bertambah meriah. Bayaran bertambah tinggi. Sorak sorai makin menghilai. Tepukan makin gemuruh.
Kita wajar bertanya: “apakah maksud seseorang kembali kepada Allah?” Ini satu persoalan yang kelihatan mudah tetapi kadang-kala bukan senang untuk benar-benar mengerti hakikatnya. Apabila lambang-lambang agama itu boleh menghasilkan kepentingan dunia, maka soalan ini makin sukar dijawab. Ramai orang yang ingin menggunakan agama bukan kerana dia mencari Tuhan, tetapi kerana agama boleh menjadi jambatan meraih banyak kepentingan duniawi dalam kehidupan ini.

Seorang pesalah yang penuh jenayah ke mahkamah dengan memakai kopiah, apakah itu berert…

Hukum Menjual Maklumat Organisasi

Image
Tikam Belakang : Curi Maklumat dan Jual Oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/
Kerahsiaan atau juga yang disebut ‘private and confidential’ (P&C) merupakan salah satu bentuk amanah yang amat perlu dijaga oleh mana-mana pekerja di dalam sesebuah organisasi. Tanpanya, begitu mudah seseorang boleh mencerobh hak yang lain lalu, menyebarkan kerahsiaan diri seseorang atau memakan harta secara bathil jika ia melibatkan meniaga maklumat dalaman. Selain dari ia merupakan suatu dosa yang menghitamkan hati ia juga boleh menjemput permusuhan dan pertelingkahan, semua ia dilarang di dalam Islam.
Malah jika ditinjau dan diteliti semua hukum melibatkan muamalat kewangan di dalam Islam, pastinya seseorang akan dapat menyimpulkan bahawa hukum Islam ingin mengelakkan dari berlakunya permusuhan yang berpunca dari transaksi kewangan. Atas dasar itu juga ayat terpanjang di dalam Al-Quran iaitu yang berada di dalam surah terpanjang iaitu suarah al-Baqarah adalah berkaitan h…