Posts

Showing posts from February, 2012

Valentine's Day

Image
Menyingkap Sambutan Valentine's Day Oleh : Ustaz Shauqi (Sukki Othman UPM) http://www.ustazshauqi.com Oleh: Ustaz Shauqi Setiap tahun, tanggal 14 Februari merupakan tarikh 'keramat' dan 'bersejarah' bagi sesetengah orang terutamanya golongan belia dan beliawanis termasuk remaja Islam. Tarikh 'keramat' ini diingati sebagai Valentine's Day atau Hari Kekasih yang dirasakan amat rugi sekiranya ia dilupakan. Biasanya, ia disambut dengan pelbagai acara yang dianggap oleh pasangan kekasih sebagai paling istimewa. Ada yang saling bertukar-tukar bunga, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, saling meluahkan perasaan cinta di taman-taman bunga dan sebagainya. Pada hari inilah ucapan kasih sayang dilafazkan sebagai bukti ketulusan cinta mereka. Pada hari ini juga pelbagai hadiah dibeli untuk diberikan kepada yang orang yang dicintai dan disayangi.   Budaya menyambut Hari Kekasih ini semakin popular dari semasa ke semasa.

Keperibadian Rasulullah s.a.w

Image
Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, marilah kita meneliti sedikit sebanyak hadith-hadith yang berkaitan dengan diri peribadi Nabi Muhammad saw, semoga ianya bermanfaat untuk kita mengenali dengan lebih dekat dan seterusnya menjadikan baginda sebagai contoh tauladan dan ikutan kita sepanjang zaman hingga ke hari Kiamat. CIRI-CIRI FIZIKAL RASULULLAH SAW Hasan Bin Ali meriwayatkan : "Saya pernah bertanya kepada bapa saudara saya, Hindun Ibnu Abi Halah (yang sangat pandai menggambarkan sesuatu) tentang ciri-ciri fizikal Rasulullah saw. Saya menginginkan agar ia menggambarkan sifat-sifat baginda yang mirip dengan sifat-sifat saya. Hindun menjawab, "Tubuh Rasulullah saw besar. Wajah beliau bersinar seperti bulan purnama. Bentuk tubuh beliau lebih tinggi daripada ukuran tubuh yang biasa serta lebih pendek daripada ukuran tubuh orang yang jangkung dan kerempeng. Kepala beliau besar dan rambut beliau ikal. Apabila rambut beliau mulai memanj

Jadual Pengajian Kelas Muslimat Februari 2012

Image
Untuk Jadual Pengajian Umum Masjid Tengku Kelana Jaya Petra boleh didapati diakhir artikel / aktiviti Masjid. Untuk salinan boleh didapati di papan kenyataan di pintu masuk dewan solat utama. Terima Kasih