Posts

Showing posts from December, 2011

Solat Gerhana 10 Disember 2011

Image
Definisi Kusuf dan KhusufKusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu'nya atau keseluruhannya. Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu' atau pun keseluruhannya. Ramai ulama' yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.
[sunting]Hukum Solat Gerhana MatahariHukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.
Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.
Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah pada hari kematian anak lelakinya Ibr…

Iktibar Peristiwa Muharram

Image
Iktibar Peristiwa MuharramOleh: Ustaz Mohd Fadli Yusof
http://www.facebook.com/mfadli11  Muharam adalah bulan yang banyak mencatatkan peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah Islam. Nabi-nabi terdahulu sebelum Rasulullah ﷺ mengalami berbagai peristiwa manis terutama pada 10 Muharam yang kita kenali sebagai hari Asyura. Keistimewaan Asyura itu terbukti apabila baginda Rasulullah ﷺ sendiri meraikan ketibaannya dengan berpuasa. Malahan ia telah menjadi satu sunnah yang digalakkan kepada umat Islam.

Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada ibnu Abbas katanya: "Nabi datang ke Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharam. Nabi bertanya: "Mengapa mereka berpuasa? Mereka menjawab, "Suatu hari yang baik, Allah melepaskan pada hari itu Musa dan Bani Israel daripada musuh-musuh mereka, lalu Musa berpuasa pada hari itu."
Mendengar jawapan itu Rasulullah ﷺ bersabda: "Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kamu. Rasulullah ﷺ berpuasa serta menyuruh …