Posts

Showing posts from March, 2011
Image
http://www.zaharuddin.net/soal-jawab-a-isu-pilihan/732-liwat-nak-percaya-boleh-atau-tidak-.html  Tuduhan Zina & Liwat : Boleh  Percaya Atau Tidak ? Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro  dan lain-lain.
Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)
Imam Abi Ishak As-Shira…

Sunnah Rasulullah: Antara Memimpin, Mendidik & Bersahabat

Rasulullah SAW mendidik dengan sikap dan akhlak. Setiap katanya dikota. Pada peribadinya terhimpun seluruh kandungan Al-Quran, lahir dan batin, hinggakan Ummul Mukminin Siti Aisyah r.ha mengatakan Rasulullah ialah Al-Quran bergerak.
Rasulullah adalah model cara hidup Islam yang diperintahkan oleh Allah SWT. Beliau merupakan figur yang dicintai, dikagumi, dirindui dan dicontohi setiap perilakunya. Kerana benar dan baiknya sikap dan akhlak Rasulullah SAW, maka para sahabat rela berjuang, susah dan senang bersama baginda. Cita-cita dan harapan Rasulullah menjadi cita-cita dan harapan mereka. Dengan kesatuan itu,mereka sanggup mati mempertahankan Rasulullah SAW.
Setiap tutur kata, gerak gerinya adalah didikan buat para sahabat. Beliau berpegang teguh dengan prinsip "guru melakukan dulu apa yang diajar dan dididik". Kerana tanpanya, membuatkan anak didik bersikap mensia-siakan ilmu sehingga ilmu hanya untuk kebanggaan bukan untuk diamalkan. Kaedah paling tepat menyampaikan tujuan p…