Posts

Showing posts from November, 2013

Wacana Ilmu November 2013

Image
WACANA ILMU MASJID TENGKU KELANA JAYA PETRA. Sukacita Dimaklumkan Mtkjp Akan Berusaha Mengadakan   Wacana Ilmu Pada Setiap Bulan   Tertakluk Kepada Kelapangan Para   Ilmuan Yang Dipilih.   Wacana Ilmu Merangkumi   Pelbagai Bidang Ilmu Bagi   Dimanfaatkan Oleh Jemaah. Perbincangan Akan Bersifat Ilmiah Dan Telus. Sebagai Permulaan Wacana Ilmu Bulan Ini Akan Diadakan Pada   Hari Isnin 18 November 2013 Bersamaan 14 Muharram 1435 Mulai   Jam 8.30malam . Oleh Kerana Ia Berupa Wacana, Maka Pertukaran Pendapat Atau Pertanyaan   Daripada Hadirin Amatlah Dialu-Alukan. Semua Jemaah Dijemput Menjayakan Wacana Ini Dan Menghebahkan Kepada Saudara Dan Rakan. Wacana Ilmu MTKJP Bulan Ini : Tajuk: Nabi Isa Dari Pandangan Al-Quran.   Perbincangan   Turut Menyentuh Berkenaan Agama Kristian   Dan Penggunaan Nama Allah Tarikh: Isnin 18 November 2013/14 Muharram 1435 Masa: 8.30mlm (Selepas Solat Isya) Penceramah: Saudara Azman Hussain.                                       

Program Cuti Sekolah

Image
KEM HIJRAH TOKOH REMAJA Sempena cuti sekolah hujung tahun Masjid Tengku Kelana Jaya Petra (MTKJP) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Al-Nida akan mengadakan Kem Hijrah Tokoh Remaja selama dua hari pada 14-15 Disember 2013 di MTKJP. Kem ini terbuka kepada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga sahaja. Kem ini terhad kepada 100 pelajar sahaja.                                                    Falsafah Kem Hijrah Remaja umpama bahan mentah yang boleh diadun dan dibentuk menjadi insan yang memiliki   jiwa insaniah dan rohaniah yang seimbang.                                                       Objektif   Kem Hijrah. 1. Membentuk nilai-nilai jatidiri, keterampilan dan akhlak mulia. 2. Membina ketajaman daya fikir dan kekuatan daya ingatan. 3. Melahirkan seorang tokoh remaja yang memiliki keyakinan diri untuk menghadapi sebarang cabaran hidup masa kini.                                                          Modul Kalangan remaja Sahabat