Posts

Showing posts from September, 2011

Nak tunggu SERUAN siapa?

Image
Belum Sampai Seru? Oleh: Mohd Sukki Othman (Ustaz Shauqi) Setiap manusia tidak terlepas daripada menunaikan amanah dan tanggungjawab terhadap Allah SWT. Kehidupan manusia di dunia ini adalah untuk mencari bekalan yang secukupnya sebagai persediaan untuk akhirat. Untuk mendapatkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat, syariat Islam perlu ditunaikan oleh setiap individu muslim yang akil baligh. Persoalannya ialah bilakah seseorang itu sudah mencapai tahap akil baligh?    Terdapat segelintir anggota masyarakat yang masih lagi dangkal dengan pengertian akil baligh yang sebenarnya.  Apabila ditanya kepada mereka tentang solat, menutup aurat, berpuasa, dan perintah-perintah Allah yang lain, terdapat di antara mereka yang sudah pun akil baligh dengan selambanya menjawab ‘belum sampai seru’, ‘nantilah, bila hati sudah ikhlas, aku akan laksanakan perintah Allah tu!’, ‘aku tak nak jadi orang yang hipokrit membuat sesuatu tanpa ikhlas’, dan pelbagai ungkapan dan alasan lain yang

Bila Kita Ingat Mati, Kerja Kita Lebih Berkualiti

Image
Jangan Hidup Sambil Mati Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net       "WAH, perniagaan awak semakin besar. Bila sudah kaya, jangan lupa pada kami," kata tauke kedai fotostat yang sering menjadi pilihan saya untuk memfotostat kertas kerja kursus kewangan Islam. "Awak sudah masuk semua syarikat besar, termasuk ke Brunei juga. Hebat dan selamat berjaya," isteri tauke yang berumur sekitar 50-an pula menyampuk.    PELANGGAN DAN PENDAKWAH?   Hasil kerja yang bersih, cepat dan murah serta bijak berinteraksi dengan pelanggan antara punca saya memilih menjadi pelanggan tetapnya, selain faktor ketiadaan kedai fotostat lain di kawasan berkenaan, khususnya milik orang Islam.   "Jangan bimbang, itu pun jika umur saya panjang, manakala tubuh badan pula sihat," balas saya ringkas.    "Aiya, awak jangan cakap berkaitan mati, susah hati la. Jangan fikir mati lagi, hilang semangat nanti. Kita kerja, kerja, kerja dulu, nanti hi

Majlis Hari Terbuka Aidilfitri

Image
  Assalamualaikum w.r.t Pihak Masjid Tengku Kelana Jaya Petra mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan Tuan / Puan bagi menjayakan Ehya' Ramadhan 1432 pada tahu ini. Jazaakumullahu khairan jaza', Segala salah dan silap sepanjang kami mengendalikan masjid ini, kami pohon keampunan dan kemaafan atas kelemahan kami sebagai manusia. Segala cadangan dan komentar bagi menambah baik program-program akan datang amat kami alu-alukan. Taqabbalallahu minna wa minkum.

Menangisi MURTAD dan ZAKAT

Image
MENANGISI MURTAD DAN ZAKAT Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA ) Minggu lepas saya dan beberapa orang sahabat pergi menemui salah seorang dari 12 individu yang dikaitkan dengan isu murtad baru-baru ini. Dia seorang janda yang mempunyai tiga orang anak. Usianya masih muda. Latar pendidikannya saya rasa ‘amat sederhana’. Saya tidak pergi untuk mempersalahkannya kerana pergi ke gereja dan terjebak dalam usaha kristiansasi. Saya pergi untuk membolehkan dia merasakan bahawa masih ramai yang ingin mengambil berat tentangnya. Lebih penting lagi, saya pergi untuk mengetahui apakah yang membawa dia sehingga terpaksa meminta simpati dan bantuan hidup dari pihak gereja. Sedih Saya sedih mendengar ceritanya. Menurutnya, dirinya seorang janda yang ditinggalkan suami. Terpaksa menanggung hidup tiga orang anak. Dalam kesempitan hidup yang amat, diminta keluar dari rumah sewa dan tenat mencari sesuap nasi untuk diri dan anak-anak

Puasa Sunat Syawal, Qadha' & Ziarah

Image
Puasa Sunat Syawal, Qadha & Ziarah Oleh Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/   sumber  Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya' dengan amalannya. " kau , dah hari ker berapa dah?" "aku dah 5 hari dah ni" "esok aku raya (sunat syawal)" Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini. Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat 'sapa lebih hebat?'. Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masi

Susah Nak Istiqamah?

 Kenapa Susah Nak Istiqamah?    Oleh: Ustaz Shauqi http://www.ustazshauqi.com/      "Seburuk-buruk golongan adalah yang tidak mengenal Allah secara benar kecuali di bulan Ramadhan sahaja"     Ramadhan  sudah pun melabuhkan tirainya. Masih terbayang di mata kemeriahan ibadah pada bulan Ramadhan. Masjid dan surau dipenuhi dengan para jamaah yang beriktikaf, mengerjakan solat secara berjamaah, bertadarus dan sebagainya. Syawal pula disambut dengan laungan takbir yang bergema di seluruh pelusuk negara tanda kemenangan menundukkan hawa nafsu di sepanjang bulan Ramadhan. Namun, suatu persoalan yang perlu dijawab ialah sejauh manakah komitmen untuk beristiqamah dan meneruskan kesinambungan ketaatan pada Allah pada bulan-bulan yang datang selepas Ramadhan? Sudah menjadi adat dan kebiasaan dalam masyarakat kita untuk berlumba-lumba menunaikan ibadah pada bulan Ramadhan, tetapi apabila berlalunya Ramadhan, segala amal ibadah yang dilakukan terus ditinggalkan begitu sahaj