Posts

Showing posts from November, 2011

Sambutan Maal Hijrah 1433H

Image

Program Cuti Sekolah ; Motivasi Al-Quran

Image
Motivasi Al-Quran (MAQ) 5 - 24 Dis 2011 (Isnin - Khamis) 8.30 am - 12.30 pm Di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra  Umur :   9 - 16 tahun (Lelaki & Perempuan)
HANYA RM 300 untukpelaburan 3 Minggu (selepas mengemukakan kod pendaftaran di bawah)
Antara yang menarik :
- Hafazan Surah Pilihan - Transformasi Qalbu - Self-Defence Clinic - Best of EXPLORACE - Motivasi "Excel Study"

Isi cuti sekolah anak anda dengan aktiviti yang berfaedah untuk dunia dan akhirat. Program ini adalah anjuran bersama Infitah Training & Consultancy dan Masjid Tengku Kelana Jaya Petra
Dapatkan diskaun RM 50.00 dengan memasukkan kod 20110011 semasa membuat pendaftaran melalui http://www.motivasialquran.com/ atau ke no tel: 0193812580




Antara Kemanusiaan & Kehambaan : Detik-Detik Penyembelihan Ismail a. s.

Image
Antara Kemanusiaan & Kehambaan : Detik-Detik Penyembelihan Ismail a. s. Oleh :  Mohd Fadli Yusof Ketika penyembelihan hendak dilaksanakan, Ismail a.s berkata kepada ayahnya:

"Wahai ayah, saya ingin sampaikan beberapa permintaan kepada ayah:
Hendaklah ayah mengikat tangan saya, supaya saya tidak meronta-ronta, yang akan menyulitkan ayah;hendaklah wajah saya dihadapkan ke tanah, supaya ayah tidak melihat wajah saya yang akan menimbulkan kasih sayang ayah kepada saya; hendaklah ayah melipatkan kain ayah, supaya tidak berlumuran darah sedikitpun, sehingga mengurangi pahala saya dan mungkin juga akan diketahui ibu, sehingga dia menjadi susah; hendaklah ayah mengasah pisau ayah, agar mempercepatkan jalannya atas leher saya, supaya meringankan rasa sakit, kerana mati itu sakit sekali; hendaklah ayah membawa baju saya kepada ibu sebagai kenang-kenangan dan katakanlah kepadanya :"Bersabarlah engkau terhadap perintah Allah", janganlah diberitahu kepadanya bagaimana car…

Zulhijjah & IdilAdha : Beberapa Amalan, Isu & Hukum

Image
Zulhijjah & IdilAdha : Beberapa Amalan, Isu &  Hukum Oleh Zaharuddin Abd Rahman  www.zaharuddin.net
KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..

KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..
Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan. Disebutkan oleh Nabi SAW : "Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih). Allah SWT pula berfirman : وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ "Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1). Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim). Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain : "Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).
AMALAN-AMALAN UTAMA
 Manaka…

Boleh atau Tidak Ucap Happy Deepavali?

Image
Hukum Ucapan Happy Deepavali Pada Rakan
Oleh: Ustaz Shauqi


Memandangkan masyarakat Malaysia merupakan masyarakat majmuk, maka ada orang bertanya tentang keharusan umat Islam menyambut  Deepavali. Persoalannya ialah adakah umat Islam dibenarkan untuk turut sama merayakan perayaan bukan Islam?. Perayaan yang berbentuk budaya tidaklah menjadi suatu masalah, akan tetapi bagaimanakah pula sambutan perayaan yang berbentuk agama, adakah ia wajar disambut oleh masyarakat Islam? Setiap individu muslim sepatutnya meneliti persoalan ini dengan berhati-hati berlandaskan hukum syara’ agar akidah terpelihara, dan dalam masa yang sama hubungan di antara masyarakat Islam dan bukan Islam tetap menjadi erat.

Perayaan dalam Islam merupakan satu ibadah. Ia bukan merupakan adat dan budaya. Ibadah bermaksud pengabdian diri kepada Allah semata-mata. Ibadah dilakukan sebagai lambang ketaatan kepada Allah. Justeru, Rasulullah saw melarang golongan Ansar merayakan perayaan Jahiliyyah yang sudah sedia diamalkan ol…