Wacana Ilmu November 2013





WACANA ILMU MASJID TENGKU KELANA JAYA PETRA.

Sukacita Dimaklumkan Mtkjp Akan Berusaha Mengadakan  Wacana Ilmu Pada Setiap Bulan  Tertakluk Kepada Kelapangan Para  Ilmuan Yang Dipilih.  Wacana Ilmu Merangkumi  Pelbagai Bidang Ilmu Bagi  Dimanfaatkan Oleh Jemaah. Perbincangan Akan Bersifat Ilmiah Dan Telus.

Sebagai Permulaan Wacana Ilmu Bulan Ini Akan Diadakan Pada  Hari Isnin 18 November 2013 Bersamaan 14 Muharram 1435 Mulai  Jam 8.30malam . Oleh Kerana Ia Berupa Wacana, Maka Pertukaran Pendapat Atau Pertanyaan  Daripada Hadirin Amatlah Dialu-Alukan. Semua Jemaah Dijemput Menjayakan Wacana Ini Dan Menghebahkan Kepada Saudara Dan Rakan.

Wacana Ilmu MTKJP Bulan Ini :
Tajuk: Nabi Isa Dari Pandangan Al-Quran.  Perbincangan  Turut Menyentuh Berkenaan Agama Kristian  Dan Penggunaan Nama Allah

Tarikh: Isnin 18 November 2013/14 Muharram 1435
Masa: 8.30mlm (Selepas Solat Isya)
Penceramah: Saudara Azman Hussain.

                                        Latarbelakang Penceramah 
 
            Saudara Azman Husin ( MA Physics USA) ialah Pengerusi eNcoral Sdn Bhd , syarikat pengurusan dan IT . Beliau adalah ulama fizik dan IT,  memulakan kerjayanya di  IBM        sebelum membuka syarikat sendiri  (1993) Ketika di USA beliau aktif dalam kegiatan dakwah dan             pernah menjadi Presiden Malaysian Islamic Study Group (MISG).  Beliau        sekarang menjadi         pelajar  pengajian Islam sepanjang masa dengan menumpukan sepenuh minat kepada  tafseer, seerah dan sejarah Islam.  Kerana menguasai bahasa Arab  dan Ingeris dengan baik,  Azman telah menterjemahkan  beberapa karya Dr Tareq Al-Suwaidan dan Sheikh Muhammad Nasiruddin al-Abani  dari  bahasa Arab ke bahasa Ingeris.

Antara Terjemahan yang beliau hasilkan ialah:
- The Stories of Prophets in Al-Quran by Dr Tareq Al-Suwaidan.
- Great Women in Islam by Dr Tareq Al-Suwaidan
- The Collection of Hadith on Marriage and Wedding Etiquettes by Sheik Muhammad Nasiruddin Al-Abani. 

Comments

Popular posts from this blog

Boleh atau Tidak Ucap Happy Deepavali?

Keperibadian Rasulullah s.a.w

Pakej Amal Jariah : Sewaan Ruangan Masjid