Program Cuti Sekolah





KEM HIJRAH TOKOH REMAJA

Sempena cuti sekolah hujung tahun Masjid Tengku Kelana Jaya Petra (MTKJP) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Al-Nida akan mengadakan Kem Hijrah Tokoh Remaja selama dua hari pada 14-15 Disember 2013 di MTKJP.
Kem ini terbuka kepada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga sahaja. Kem ini terhad kepada 100 pelajar sahaja.

                                                   Falsafah Kem Hijrah

Remaja umpama bahan mentah yang boleh diadun dan dibentuk menjadi insan yang memiliki  jiwa insaniah dan rohaniah yang seimbang.

                                                 Objektif  Kem Hijrah.

1. Membentuk nilai-nilai jatidiri, keterampilan dan akhlak mulia.
2. Membina ketajaman daya fikir dan kekuatan daya ingatan.
3. Melahirkan seorang tokoh remaja yang memiliki keyakinan diri untuk menghadapi sebarang cabaran hidup masa kini.

                                                       Modul

Kalangan remaja Sahabat Rasulullah saw akan dijadikan “role model” bagi memenuhi  sepuluh sesi mengikut  keterampilan tokoh-tokoh tersebut. Sebagaimana kita sedia maklum, di zaman Rasulullah ramai remaja ketika umur belasan tahun  sudah dilantik menjadi panglima perang, penulis wahyu, pendakwah, peniaga dan sebagainya.  Seperti kita sedia maklum Abdullah bin Abbas menghafal al-Quran ketika usianya belum sampai sepuluh tahun. Bagaimana mereka memiliki daya ingatan yang begitu tinggi?

Kem ini akan menanam perasaan cintakan Solat, hafazan ayat-ayat lazim dan tafsirnya,qiamulail dan kekuatan doa kerana inilah kaedah pembelajaran dan latihan yang akan melahirkan insan kamil iaitu insan yang mantap dari segi fikrah dan juga akidah. Bagi mengurangkan rasa jemu, setiap sesi akan di selang seli dengan permainan mengasah akal, debat dan kuiz. Di akhir kem ini kita akan memilih tokoh remaja Hijrah 1435.

Yuran penyertaan RM150 seorang (sarapan pagi, makan tengah hari, minuman petang, makan malam, bahan bercetak, hadiah, bayaran fasilitator dsb)

Ibu bapa yang berminat boleh mendaftar di pejabat masjid pada waktu pejabat atau menghubungi Pen. Setiausaha masjid Encik Ghafar Paimin 603 78739178.  

Comments

Popular posts from this blog

Boleh atau Tidak Ucap Happy Deepavali?

Pakej Amal Jariah : Sewaan Ruangan Masjid

Keperibadian Rasulullah s.a.w