Kenapa Kena Berzakat?


Oleh Ustaz Fuad Osman
http://ustfuadosman.blogspot.com 
Berzakat bukan kerana kita kaya tapi..
Bukan kerana kita mampu sedangkan kemampuan itu juga kurniaan. Terdapat ramai manusia yang mampu tetapi tidak mengeluarkan zakat.


Hakikatnya kita ingin menzahirkan pengabdian dengan mengeluarkan zakat sperti yang dikehendaki Allah kerana kita sebenarnya mencari keperluan akhirat

Mengeluarkan zakat itu ada tiga tujuan utama seperti yang diutarakan oleh Ibnu Qudamah dalam kitabnya Mukhtasor Minhajul Qasidin:

1. Ujian bagi yang mendakwa cintakan Allah agar keluarkan sesuatu yang ia cintai.

Oleh itu rasai kecintaan pada Allah ketika berzakat tanpa ada rasa sesal atau terasa kehilangan

2.Membersihkan diri dari sifat bakhil yang membinasakan seseorang.

Kita terbiasa dengan ke’Aku’an kita dengan mengatakan apa yang kita miliki adalah hak kita, tapi untuk menjiwai bahawa pemilik yang sebenar adalah Allah, maka apa yang kita keluarkan tidak lain dan tidak bukan adalah memulangkan sebahagian hak kepunyaan Allah.sehingga satu ketika kita kembalikan nyawa kepadanya dengan tenang.

3.Bersyukur dengan nikmat harta benda kurniaan Allah.

Bersyukurlah kerana setiap detik dan setiap keadaan , kita dalam keadaan yang selamat dan sejahtera untuk menikmati kurniaan Allah. Jika kita insafi , kita akan rasakan betapa banyak perkara boleh berlaku dalam setiap saat kerana kecuaian diri kita atau orang lain.
Sekian

Comments

Popular posts from this blog

Boleh atau Tidak Ucap Happy Deepavali?

Keperibadian Rasulullah s.a.w

Pakej Amal Jariah : Sewaan Ruangan Masjid