Posts

Peluang 'Last Minute' & Lailatul Qadar

Image
Oleh Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ Sedar tidak sedar, kita telah menamatkan separuh bulan Ramadhan, berbaki lagi 15 hari sahaja. Allah s.w.t sahaja yang mengetahui samada prestasi kita dalam 15 hari yang berlalu adalah cemerlang atau temberang. Kita juga mungkin mempunyai sedikit 'clue' tentang prestasi kita sendiri. Semenjak dua menjak ini soalan-soalan agama yang sampai kepada saya menunjukkan minat orang kepada ilmu Islam secara agak luar biasa, mungkin kerana ia merupakan bulan Syaitan dibelenggu. Alhamdulillah. Kita mengharapkan prestasi dan minat yang sama akan berterusan setelah tamatnya Ramadhan nanti. Tidak terkecuali juga, soalan-soalan yang menggambarkan agak keringnya umat Islam kini dari ilmu Islam. Dari bentuk soalan-soalan yang diutarakan, seseorang pasti dapat mengandaikan tahap ilmu dan kefahaman seseorang. Saya tiada masalah dengan soalan sebegini, cuma adakalanya merasa sayu dengan pengetahuan si penanya. Jangan bimbang saya tidak kenal ...

Remaja @ MTKJP

Image

4 jenis golongan di bulan Ramadan

Image
Oleh Ustaz Fuad Osman http://ustfuadosman.blogspot.com Ada 4 jenis golongan orang Islam di bulan Ramadan Golongan anai-anai Adalah golongan manusia yang sibuk berniaga dan mencari keuntungan di bulan puasa, pada zahirnya mereka memberi kebaikan kepada orang lain dengan menjual keperluan dan kelazatan. Namun diri mereka sendiri terabai dan tidak dapat menikmati ramadan dengan sewajibnya. Golongan semut Golongan yang mencari keperluan dan melengkapkan kekurangan sebelum menghadapi musim yang sukar. Mereka tahu banyak kebaikan yang dapat mereka cari dengan kesempatan yang terbatas. Mereka tahu ada habuan yang tidak ada tersedia di bulan-bulan lain. Maka mereka menggunakan kesempatan dan peluang hidup di bulan ramadan untuk mencari rahmat, maghfirah dan kebebasan dari api neraka. Golongan lalat dan nyamuk Golongan yang sentiasa leka denga kehidupan sendiri. Mereka tidak memikirkan kelebihan dan peluang besar yang disediakan Allah sepanjang ramadan. Bahkan mereka hany...

Kenapa Kena Berzakat?

Image
Oleh Ustaz Fuad Osman http://ustfuadosman.blogspot.com  Berzakat bukan kerana kita kaya tapi.. Bukan kerana kita mampu sedangkan kemampuan itu juga kurniaan. Terdapat ramai manusia yang mampu tetapi tidak mengeluarkan zakat. Hakikatnya kita ingin men z ahirkan p engabdian dengan mengeluarkan zakat sperti yang dikehendaki Allah kerana kita sebenarnya mencari keperluan akhirat Mengeluarkan zakat itu ada tiga tujuan utama seperti yang diutarakan oleh Ibnu Qudamah dalam kitabnya Mukhtasor Minhajul Qasidin: 1. Ujian bagi yang mendakwa cintakan Allah agar keluarkan sesuatu yang ia cintai. Oleh itu rasai kecintaan pada Allah ketika berzakat tanpa ada rasa sesal atau terasa kehilangan 2.Membersihkan diri dari sifat bakhil yang membinasakan seseorang. Kita terbiasa dengan ke’Aku’an kita dengan mengatakan apa yang kita miliki adalah hak kita, tapi untuk menjiwai bahawa pemilik yang sebenar adalah Allah, maka apa yang kita keluarkan tidak lain dan tidak bukan adalah memulangk...

Hikmah Penurunan al-Quran & Lailatul Qadr

Image
Oleh: Mohd Sukki Othman (Ustaz Shauqi) http://www.ustazshauqi.blogspot.com     Oleh: Mohd Sukki Othman (Ustaz Shauqi) Al-Quran adalah mukjizat teragung yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai hidayah, panduan dan pedoman dalam kehidupan manusia. Ini dijelaskan menerusi firman Allah dalam surah al-Isra’: 9. Menurut Sheikh Manna’ Qattan dalam bukunya Mabahith fi ‘Ulum al-Quran, proses penurunan al-Quran berlaku dalam dua peringkat. Peringkat pertama ia diturunkan daripada luh mahfuz ke langit dunia secara sekali gus.  Peringkat kedua pula diturunkan daripada langit dunia kepada Nabi s.a.w secara beransur-ansur melalui perantaraan malaikat Jibril as. al-Quran yang diturunkan secara beransur-ansur ini mengambil masa selama hampir 23 tahun.  Ayat pertama diturunkan ialah ayat 1-5 daripada Surah al-‘Alaq yang diturunkan pada 17 Ramadan tahun 610 Masihi di Gua Hira’.  Ayat terakhir ialah ayat 281 surah al-Baqarah y...

CABARAN SEPARUH RAMADHAN

Image
Separuh Ramadan & Puasa Yang Tercabar Oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net "Tolong saya ustaz, apa formula dan caranya lagi untuk saya boleh berubah, tolong saya ustaz, saya benar-benar ingin berubah dan insaf, walau di bulan Ramadhan ini saya masih melakukan dosa itu" Demikian luahan hati yang ikhlas beberapa orang pemuda dan pemudi kepada saya melalui medium internet. Pelbagai bentuk lafaznya, namun itulah juga inti maksudnya. Kesnya apa? ada yang berzina, onani, tonton video lucah, bercerai suami isteri, bergaduh, mengumpat, menipu, mencuri, minum arak, tidak solat dan macam-macam lagi. Berlalu sudah 15 hari Ramadhan, ia masih berlaku dan terus berlaku di kalangan umat Islam kita. Setelah hampir 15 hari kita berada di bulan mulia Ramadhan, kesan tarbiyahnya makin terasa bagi sesetengah pihak, manakala sebahagian yang lain semakin makin larut dan menjauh dari Allah swt. Sekumpulan lagi pula masih turun naik prestasinya, seperti nilai matawang yang kerap f...