Satu Pengenalan : Masjid Tengku Kelana Jaya Petra (MTKJP)


Masjid ini terletak di sebahagian Taman Bandaran Kelana Jaya (berhampiran dewan serbaguna dan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kelana Jaya) dibina atas tanah seluas 2 ekar. Projek pembangunan ini mengandungi sebuah masjid berserta rumah Imam 1 dan Imam 2.

Dengan rasa penuh tangunggjawab dan hormat terhadap institusi keagamaan, pihak pemaju telah berusaha dengan gigih untuk mendirikan sebuah masjid bagi memenuhi keperluan ibadah penduduk setempat. Masjid ini dilengkapi dengan sistem penghawa dingin, perpustakaan, bilik kuliah, bilik komputer dan bilik mesyuarat. Perkhidmatan lif turut disediakan bagi keperluan jemaah yang kurang upaya. Laluan pejalan kaki sepanjang 200 meter dari pintu masuk bahagian belakang masjid sehingga ke Bangunan Kelana Brem Tower memudahkan jamaah di kawasan sekitar untuk datang menunaikan solat. Ayat-ayat suci al-Qur'an dijadikan hiasan melalui seni khat dan kaligrafi oleh juruunding dari Urbezkistan.

Masjid ini berupaya menampung jamaah seramai 2,000 orang pada satu-satu masa. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini dianggarkan sekitar RM 8,800,000.00. Masjid ini juga menyediakan kelas-kelas agama, pusat kaunseling, kursus perkahwinan, serta kursus mengaji al-Qur'an peringkat dewasa dan kanak-kanak serta berbagai aktiviti yang bermanfaat untuk santapan rohani. Kelas-kelas agama dikendalikan oleh guru agama yang bertauliah.

Sejajar dengan ini adalah diharapkan masjid ini akan memenuhi keperluan serta memudahkan para jamaah untuk melaksanakan kewajipan beribadah disamping menjalankan aktiviti keagamaan. Segala pujian dan kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa di atas kejayaan pembinaan masjid ini.

Comments

Popular posts from this blog

Boleh atau Tidak Ucap Happy Deepavali?

Keperibadian Rasulullah s.a.w

Pakej Amal Jariah : Sewaan Ruangan Masjid