Posts

Lapangkan Hatimu Dengan Taubat

oleh Ustaz Pahrol Mohd Joui www.genta-rasa.com. Satu cara untuk mengetahui sejauh mana kita benar-benar beriman ialah dengan mengukur sejauh mana kesan dosa terhadap hati kita? Apakah hati kita akan terasa kesal dan menyesal dengan dosa? Atau kita merasa biasa-biasa sahaja apabila berdosa? Jika terasa menyesal, itu petanda Iman masih ada di dalam dada. Sebaliknya, jika dosa tidak memberi kesan apa, malah kita tetap gembira... Itu satu petanda buruk. Iman kita amat lemah, hati kita sedang sakit. Boleh jadi sudah menanti masa sahaja untuk melayang. Apa tanda menyesal? Menyesal bukan menyesal jika kita hanya berasa sedih tanpa berbuat apa-apa. Tetapi menyesal yang sebenarnya apabila kita mula bertindak selaras dengan apa yang kita kesalkan. Kita menyesal dengan dosa? Langkahnya, terus kita tempuhi jalan-jalan taubat dengan memberhentikannya, niat tidak akan mengulanginya lagi dan berbuat baik sebagai 'galang-ganti' kepada kejahatan yang kita lakukan itu. Mari ki...

Belajar Mengingati Allah Setiap Masa

Image
Belajar Mengingati Allah Setiap Masa oleh : Noraliza Abdul Latif (SPIES) "Sentiasa sedar adalah seperti berjalan membawa air dengan misi tidak menumpahkannya walau setitik" Alhamdulillah dari perjalanan demi perjalanan yang digerakkan Allah samada perjalanan menuntut ilmu dengan guru saya, bacaan saya, pengalaman saya akhirnya saya memahami satu hakikat rahsia kehidupan ini. Saya faham kenapa ada orang yang baru 1 jam tidur tapi boleh bangun tahajud tetapi ada orang yang sudah tidur lapan jam tidak mampu bangun tahajud. Itulah daya TAQWA atau daya FASIK dari Allah. Allah berfirman dalam Surah Asy Syams yang bermaksud:- "maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya,sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya" (As-Syam 91:8-10) Apabila kita mensucikan jiwa, maka Allah memberikan kita DAYA TAQWA yang mendorong kita ke arah kebaikan dan taqwa. Baca Al-Qur...

Antara Kesilapan Dalam Solat

Image
  Antara Kesilapan Dalam Solat  oleh: Ustaz Shauqi UPM (Sukki Othman) http://www.ustazshauqi.com/ Melafazkan 'usalli' terlalu kuat sehingga mengganggu jemaah yang lain Bercakap-cakap ketika khatib sedang berkhutbah cara rukuk cara mengangkat tangan ketika bertakbir kedudukan kaki ketika sujud kedudukan rukuk tidak merapatkan saf solat kaki terangkat ketika sujud menyebabkan solat tidak sah kedudukan tangan ketika sujud tidak khusyuk ketika solat

Valentine's Day

Image
Menyingkap Sambutan Valentine's Day Oleh : Ustaz Shauqi (Sukki Othman UPM) http://www.ustazshauqi.com Oleh: Ustaz Shauqi Setiap tahun, tanggal 14 Februari merupakan tarikh 'keramat' dan 'bersejarah' bagi sesetengah orang terutamanya golongan belia dan beliawanis termasuk remaja Islam. Tarikh 'keramat' ini diingati sebagai Valentine's Day atau Hari Kekasih yang dirasakan amat rugi sekiranya ia dilupakan. Biasanya, ia disambut dengan pelbagai acara yang dianggap oleh pasangan kekasih sebagai paling istimewa. Ada yang saling bertukar-tukar bunga, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, saling meluahkan perasaan cinta di taman-taman bunga dan sebagainya. Pada hari inilah ucapan kasih sayang dilafazkan sebagai bukti ketulusan cinta mereka. Pada hari ini juga pelbagai hadiah dibeli untuk diberikan kepada yang orang yang dicintai dan disayangi.   Budaya menyambut Hari Kekasih ini semakin popular dari semasa ke semasa. ...

Keperibadian Rasulullah s.a.w

Image
Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, marilah kita meneliti sedikit sebanyak hadith-hadith yang berkaitan dengan diri peribadi Nabi Muhammad saw, semoga ianya bermanfaat untuk kita mengenali dengan lebih dekat dan seterusnya menjadikan baginda sebagai contoh tauladan dan ikutan kita sepanjang zaman hingga ke hari Kiamat. CIRI-CIRI FIZIKAL RASULULLAH SAW Hasan Bin Ali meriwayatkan : "Saya pernah bertanya kepada bapa saudara saya, Hindun Ibnu Abi Halah (yang sangat pandai menggambarkan sesuatu) tentang ciri-ciri fizikal Rasulullah saw. Saya menginginkan agar ia menggambarkan sifat-sifat baginda yang mirip dengan sifat-sifat saya. Hindun menjawab, "Tubuh Rasulullah saw besar. Wajah beliau bersinar seperti bulan purnama. Bentuk tubuh beliau lebih tinggi daripada ukuran tubuh yang biasa serta lebih pendek daripada ukuran tubuh orang yang jangkung dan kerempeng. Kepala beliau besar dan rambut beliau ikal. Apabila rambut beliau mulai memanj...

Jadual Pengajian Kelas Muslimat Februari 2012

Image
Untuk Jadual Pengajian Umum Masjid Tengku Kelana Jaya Petra boleh didapati diakhir artikel / aktiviti Masjid. Untuk salinan boleh didapati di papan kenyataan di pintu masuk dewan solat utama. Terima Kasih

Forum Maulidurrasul 1433

Image
Masjid Tengku Kelana Jaya Petra Akan mengadakan Forum bertajuk : Generasi Penerus Misis Rasulullah S.A.W. bersempena dengan sambutan Maulidurrasul 1433 H ini. Forum ini akan diterajui oleh Moderator : Ustaz Zamri Zainal Abidin Panel 1 : Ustaz Ghazalli Omar Al-Muqri Panel 2 : Ustazah Norhafizah Musa (Tanyalah Ustazah) Semua muslimin muslimat di jemput hadir