Posts

Image
Kuliah Bulan Julai 2011 Add caption
Image
Image
Image
Adakah Kerja Kita Jadi Ibadah?   http://www.facebook.com/note.php?note_id=422452651718 Allah SWT mencipta jin manusia hanya semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Tiada tujuan lain. Kalau manusia terpesong dari tujuan asal mengapa manusia dijadikan, maka itu adalah percanggahan dari apa yang ditegaskan oleh Allah SWT melalui firmanNya yang bermaksud "Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembahku" (Az-Zariyat: 56) Perbuatan menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah SWT itulah yang diistilahkan sebagai ibadah. Dengan erti kata yang lain melalui perintah itu, Allah SWT menuntut agar manusia sentiasa beribadah kepadaNya. Manusia tidak boleh sama sekali berbuat sesuatu dalam hidupnya kecuali untuk beribadah kepada Allah SWT. Manusia di larang daripada mencipta atau melencongkan kehidupan dari pengabdian itu. Sesuatu pekerjaan atau perbuatan itu akan dinamakan ibadah sekiranya mendatangkan pahala. Tidak kiralah apa jenis pekerjaan atau perbuat...
Image
Kemaruk Harta ‘Bathil' Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net Mengumpul dan memperbanyakkan harta, pangkat, kuasa dan pengaruh adalah salah satu dari sifat biasa manusia. Kita sukakan harta disebabkan manfaat segera yang boleh dinikmati darinya. Sama ada harta tersebut dalam bentuk wang tunai atau juga aset seperti kenderaan, tanah, rumah, saham dan sebagainya. Dalam pada itu, terlalu ramai manusia yang menjadikan harta dan wang sebagai objektif utama dalam kehdiupannya. Mungkin pada asalnya niat berkerja dan berusaha adalah untuk kehidupan, namun ramai juga yang dalam proses pencarian itu, mereka terpesona dengan kenikmatan segera dari harta ini, lantaran itu kehidupan mula berubah dan tindakan mereka juga terkesan. Allah swt berfirman : أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ . حَتَّى زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ Ertinya : Memperbanyakkan (harta) dan bermegah-megah dengannya itu sesungguhnya telah melalaikan kamu, sehinggalah nanti kamu sampai ke kubur ( At-Takathur : 1-2) Kelalaian itu hingga...
Image
Terpedaya Dengan April Fool Oleh: Ustaz Shauqi http://www.ustazshauqi.blogspot.com/ Hari ini tanggal 1 April 2011. Antara perkara yang diamalkan oleh segelintir masyarakat Islam ialah merayakan April Fool tanpa mengambil tahu asal-usul daripada perayaan tersebut. Apabila berlaku sedemikian, ia bermakna umat Islam terus diperbodohkan dengan amalan-amalan yang tidak membawa faedah. Maka, sewajarnyalah umat islam tidak lagi terpedaya dan tertipu, sebaliknya berusaha untuk menghindarkan diri daripada terjebak dalam hal-hal yang seumpama ini. Sesuatu yang amat merugikan dan mencemar adab masyarakat Islam yang dilakukan oleh segelintir masyarakat Islam pada bulan April ialah sambutan April Fool. Biasanya apabila tibanya 1 April, maka remaja Melayu Islam terikut-ikut dengan budaya barat yang menjadikan tarikh ini sebagai hari untuk 'memperbodohkan' atau 'mengenakan' orang lain. Di manakah jati diri masyarakat Melayu Islam apabila apa-apa sahaja yang datang dari ba...
Image
http://www.zaharuddin.net/soal-jawab-a-isu-pilihan/732-liwat-nak-percaya-boleh-atau-tidak-.html    Tuduhan Zina & Liwat : Boleh  Percaya Atau Tidak ? Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net   Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro  dan lain-lain. Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6...