Kemaruk Harta ‘Bathil' Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net Mengumpul dan memperbanyakkan harta, pangkat, kuasa dan pengaruh adalah salah satu dari sifat biasa manusia. Kita sukakan harta disebabkan manfaat segera yang boleh dinikmati darinya. Sama ada harta tersebut dalam bentuk wang tunai atau juga aset seperti kenderaan, tanah, rumah, saham dan sebagainya. Dalam pada itu, terlalu ramai manusia yang menjadikan harta dan wang sebagai objektif utama dalam kehdiupannya. Mungkin pada asalnya niat berkerja dan berusaha adalah untuk kehidupan, namun ramai juga yang dalam proses pencarian itu, mereka terpesona dengan kenikmatan segera dari harta ini, lantaran itu kehidupan mula berubah dan tindakan mereka juga terkesan. Allah swt berfirman : أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ . حَتَّى زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ Ertinya : Memperbanyakkan (harta) dan bermegah-megah dengannya itu sesungguhnya telah melalaikan kamu, sehinggalah nanti kamu sampai ke kubur ( At-Takathur : 1-2) Kelalaian itu hingga...
Posts
- Get link
- X
- Other Apps
Terpedaya Dengan April Fool Oleh: Ustaz Shauqi http://www.ustazshauqi.blogspot.com/ Hari ini tanggal 1 April 2011. Antara perkara yang diamalkan oleh segelintir masyarakat Islam ialah merayakan April Fool tanpa mengambil tahu asal-usul daripada perayaan tersebut. Apabila berlaku sedemikian, ia bermakna umat Islam terus diperbodohkan dengan amalan-amalan yang tidak membawa faedah. Maka, sewajarnyalah umat islam tidak lagi terpedaya dan tertipu, sebaliknya berusaha untuk menghindarkan diri daripada terjebak dalam hal-hal yang seumpama ini. Sesuatu yang amat merugikan dan mencemar adab masyarakat Islam yang dilakukan oleh segelintir masyarakat Islam pada bulan April ialah sambutan April Fool. Biasanya apabila tibanya 1 April, maka remaja Melayu Islam terikut-ikut dengan budaya barat yang menjadikan tarikh ini sebagai hari untuk 'memperbodohkan' atau 'mengenakan' orang lain. Di manakah jati diri masyarakat Melayu Islam apabila apa-apa sahaja yang datang dari ba...
- Get link
- X
- Other Apps
http://www.zaharuddin.net/soal-jawab-a-isu-pilihan/732-liwat-nak-percaya-boleh-atau-tidak-.html Tuduhan Zina & Liwat : Boleh Percaya Atau Tidak ? Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro dan lain-lain. Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6...
Sunnah Rasulullah: Antara Memimpin, Mendidik & Bersahabat
- Get link
- X
- Other Apps
Rasulullah SAW mendidik dengan sikap dan akhlak. Setiap katanya dikota. Pada peribadinya terhimpun seluruh kandungan Al-Quran, lahir dan batin, hinggakan Ummul Mukminin Siti Aisyah r.ha mengatakan Rasulullah ialah Al-Quran bergerak. Rasulullah adalah model cara hidup Islam yang diperintahkan oleh Allah SWT. Beliau merupakan figur yang dicintai, dikagumi, dirindui dan dicontohi setiap perilakunya. Kerana benar dan baiknya sikap dan akhlak Rasulullah SAW, maka para sahabat rela berjuang, susah dan senang bersama baginda. Cita-cita dan harapan Rasulullah menjadi cita-cita dan harapan mereka. Dengan kesatuan itu,mereka sanggup mati mempertahankan Rasulullah SAW. Setiap tutur kata, gerak gerinya adalah didikan buat para sahabat. Beliau berpegang teguh dengan prinsip "guru melakukan dulu apa yang diajar dan dididik" . Kerana tanpanya, membuatkan anak didik bersikap mensia-siakan ilmu sehingga ilmu hanya untuk kebanggaan bukan untuk diamalkan. Kaedah paling tepat menyampaikan t...
Berjabat Tangan Berlainan Jantina & Status Gaji Kerananya
- Get link
- X
- Other Apps
Berjabat Tangan Berlainan Jantina & Status Gaji Kerananya Berjabat Tangan & Kehalalan Gaji Zaharuddin abd rahman www.zaharuddin.net SOALAN Saya bekerja di syarikat antarabangsa. Kerja melibatkan pergaulan dengan wanita dan kadang-kadang terpaksa bersalaman dengan wanita. Saya pernah tunduk untuk mengelakan bersalaman namun bagi wanita asing mereka akan menimbulkan persoalan yang agak negatif. Pertama - Adakah rezeki saya dikategorikan dari sumber yang syubhah? Kedua - Adakah cara yang terbaik untuk terus bekerja di syarikat seperti ini atau berusaha untuk mencari peluang pekerjaan di tempat lain. JAWAPAN Pergaulan antara lelaki dan wanita di tempat kerja sudah menjadi fenomena hari ini, dan ia telah tergolong dalam kategori ‘umum al-balwa' (kebahayaan dosa yang sukar dielakkan). Namun begitu, tidak semua jenis percampuran dan pergaulan lelaki dan wanita di tempat kerja itu jatuh dalam kategori haram. Jika ia dapat dikawal sebaiknya, dos...
Solusi Isu 28!
- Get link
- X
- Other Apps
Tajuk-Tajuk yg Menarik : Golongan kanan & Golongan Kiri?? Bicara Yang Dilarang Jadi GRO kerana Darurat? Panasnya Neraka Pantang Larang dalam PEMBENTANGAN? Cegah PENYAKIT yg Merebak?? Cara Membersih najis Untuk Wanita?? Akhlak Pendidik Kembalikan daya tarikan CINTA Persiapan Menghadapi Peperiksaan dan banyak lagi tajuk2 menarik sesuai untuk santapan pelbagai lapisan masyarakat.. Amat sesuai untuk bacaan seisi keluarga. Boleh didapati SEKARANG! DI PEJABAT MASJID TENGKU KELANA JAYA PETRA
BACAAN SELAIN AZAN DI PEMBESAR SUARA PATUT DIHENTIKAN
- Get link
- X
- Other Apps
BACAAN SELAIN AZAN DI PEMBESAR SUARA PATUT DIHENTIKAN Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin http://drmaza.com/home/?p=1339 Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah ‘perjuangan mempertahankan Islam’ . Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut; 1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak. 2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun...