Berjabat Tangan Berlainan Jantina & Status Gaji Kerananya
Berjabat Tangan Berlainan Jantina & Status Gaji Kerananya Berjabat Tangan & Kehalalan Gaji Zaharuddin abd rahman www.zaharuddin.net SOALAN Saya bekerja di syarikat antarabangsa. Kerja melibatkan pergaulan dengan wanita dan kadang-kadang terpaksa bersalaman dengan wanita. Saya pernah tunduk untuk mengelakan bersalaman namun bagi wanita asing mereka akan menimbulkan persoalan yang agak negatif. Pertama - Adakah rezeki saya dikategorikan dari sumber yang syubhah? Kedua - Adakah cara yang terbaik untuk terus bekerja di syarikat seperti ini atau berusaha untuk mencari peluang pekerjaan di tempat lain. JAWAPAN Pergaulan antara lelaki dan wanita di tempat kerja sudah menjadi fenomena hari ini, dan ia telah tergolong dalam kategori ‘umum al-balwa' (kebahayaan dosa yang sukar dielakkan). Namun begitu, tidak semua jenis percampuran dan pergaulan lelaki dan wanita di tempat kerja itu jatuh dalam kategori haram. Jika ia dapat dikawal sebaiknya, dos...