Posts

Showing posts from April, 2011
Image
Kemaruk Harta ‘Bathil' Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net Mengumpul dan memperbanyakkan harta, pangkat, kuasa dan pengaruh adalah salah satu dari sifat biasa manusia. Kita sukakan harta disebabkan manfaat segera yang boleh dinikmati darinya. Sama ada harta tersebut dalam bentuk wang tunai atau juga aset seperti kenderaan, tanah, rumah, saham dan sebagainya. Dalam pada itu, terlalu ramai manusia yang menjadikan harta dan wang sebagai objektif utama dalam kehdiupannya. Mungkin pada asalnya niat berkerja dan berusaha adalah untuk kehidupan, namun ramai juga yang dalam proses pencarian itu, mereka terpesona dengan kenikmatan segera dari harta ini, lantaran itu kehidupan mula berubah dan tindakan mereka juga terkesan. Allah swt berfirman : أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ . حَتَّى زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ Ertinya : Memperbanyakkan (harta) dan bermegah-megah dengannya itu sesungguhnya telah melalaikan kamu, sehinggalah nanti kamu sampai ke kubur ( At-Takathur : 1-2) Kelalaian itu hingga
Image
Terpedaya Dengan April Fool Oleh: Ustaz Shauqi http://www.ustazshauqi.blogspot.com/ Hari ini tanggal 1 April 2011. Antara perkara yang diamalkan oleh segelintir masyarakat Islam ialah merayakan April Fool tanpa mengambil tahu asal-usul daripada perayaan tersebut. Apabila berlaku sedemikian, ia bermakna umat Islam terus diperbodohkan dengan amalan-amalan yang tidak membawa faedah. Maka, sewajarnyalah umat islam tidak lagi terpedaya dan tertipu, sebaliknya berusaha untuk menghindarkan diri daripada terjebak dalam hal-hal yang seumpama ini. Sesuatu yang amat merugikan dan mencemar adab masyarakat Islam yang dilakukan oleh segelintir masyarakat Islam pada bulan April ialah sambutan April Fool. Biasanya apabila tibanya 1 April, maka remaja Melayu Islam terikut-ikut dengan budaya barat yang menjadikan tarikh ini sebagai hari untuk 'memperbodohkan' atau 'mengenakan' orang lain. Di manakah jati diri masyarakat Melayu Islam apabila apa-apa sahaja yang datang dari ba